Friday, February 15, 2013

Semangat Baru

Assalamualaikum semua rakan pemanik..

Rasanya sungguh lama saya menyepi diri dari dunia manik. Disebabkan tuntutan kerja yang amat mendesak sejak 2 tahun lepas, saya terpaksa melepaskan dunia manik. Mula-mula saya berhenti memanik, kemudian saya kurang lagi menghadirkan diri ke aktiviti-aktiviti pemanik, seterusnya saya berhenti terus menjual manik. Saya hanya jadi pemerhati kepada rakan-rakan pemanik yang aktif di FB.

(Maaf yer bahasa amat skema, inilah jadinya bila saban hari kerja menulis surat kepada agensi-agensi kerajaan dalam bahasa Melayu.)

Tetapi, semenjak dua tiga hari ni, timbul semangat baru. Saya rasa amatlah rugi ilmu-ilmu berkenaan manik dan yang bekaitan dengan manik yang telah saya tangguk selama bertahun-tahun dibiarkan begitu sahaja. Walaupun saya tidak dapat aktif lagi, paling kurang pun saya berkongsi sedikit ilmu yang saya ada ni pun jadilah.

This time (chewah..tukar speaking pulak), I will do it from a neutral perspective. Not from a bead seller perspective. So this is a start. I hope Allah will give me a confident to keep going, because I know I can be 'hangat-hangat tahi ayam'.

Insyaallah.

Salam sayang,
Zai

No comments:

Post a Comment