Friday, August 27, 2010

Jahit Manik pre-raya preview



The reasons that there's no new post for the past week is because of pictures on the left. Those are WIP beading projects (that's why you can still see the Water Erasable Pen ink). When it's complete, I will post completed pictures and what ingredients and quantity do you need (beads and sequins) if you want to copy the same design..now I have to get back to beading....

Thursday, August 19, 2010

Bahan Asas untuk Sulaman Manik

Note: Article ini adalah dari website lama saya www.beadingtreasure.com yang sudah tidak digunakan lagi. Artikei ini bertarikh 27 marh 2007, jadi info yang dah outdated, yang saya akan update kemudian.

1. Kain untuk disulam

  • Semakin lembut/lembik kain yang perlu disulam manik, semakin susah proses menyulam.
  • Kain yang jarang seperti lace (renda) sangat memerlukan penelitian dan kadang-kadang memerlukan kain lain sebagai alas di bahagian dalam untuk meyokong jahitan sulam manik tersebut.

2. Manik

  • Untuk pakaian yang selalu dibasuh, gunakanlah manik yang berkualiti tinggi iaitu manik Jepun. Harganya memang lebih mahal tetapi amat bersinar, sinarannya tahan lama, saiznya konsisten, tidak mudah pecah dan lubangnya besar.
  • Manik Japun yang banyak di pasaran Malaysia adalah Matsuno (MGB) atau Toho. Miyuki jarang diedarkan di Malaysia kerana harganya lebih mahal.
  • Awas dengan penjual manik yang menjual manik Jepun tiruan (bukan dari Jepun) kerana bila sudah dipeketkan ke paket kecil, pelanggan tidak tahu jenama sebenar manik tersebut. Hanya melalui pemerhatian yang teliti dapat membezakan manik-manik tersebut.

3. Labuci

  • Pelbagai jenis labuci dengan pelbagai bentuk, saiz dan 'finished' dijual di pasaran.
  • Labuci dibuat dari sejenis bahan plastik keras.
  • Pelbagai negara mengeluarkan labuci seperti China, Taiwan, India tetapi mengikut pengalaman saya labuci dari Austria adalah yang paling cantik dan berkualiti. Malah Jepun juga mengeluarkan labuci sekarang tetapi saya tiada pengalaman menggunakannya lagi.

4. Jarum Sulaman Manik

  • Gunalah jarum yang dikhaskan untuk sulaman.Jenama yang selalu ada di pasaran adalah REGAL.
  • Size yang sesuai adalah 10,11 atau 12. Makin tinggi nombor jarum, makin halus jarumnya.
  • Jarum sulaman lebih lembut dari jarum biasa dan selepas beberapa penggunaan ia akan kelihatan bengkok sedikit. Jangan risau kerana jarum itu membiasakan dirinya dengan cara anda menyulam.
  • Buang jarum bila terlalu bengkok, berkarat walaupun sedikit, atau bila menyulam, anda rasa tersekat-sekat bila menarik jarum.

5. Benang

  • Menurut Rosita Jaafar antara benang polyester yang berkualiti adalah cap DMC (atau Rinata, dari pengilang yang sama) dan cap Kerbau (atau Coat, dari kilang yang sama).
  • Benang yang berkualiti tidak mudah putus dan cepat terbelit-belit dan berselirat semasa menjahit.
  • Salah satu cara untuk mengurangkan selirat adalah dengan meraut benang tersebut pada sebatang lilin sebelum menjahit.
  • Benang nylon yang halus juga boleh digunakan. Kepada yang tidak mengenali benang nylon, benangnya seperti tali pancing tetapi amat halus, seperti rambut.
  • Saya hanya menggunakan benang nylon bila menjahit batu acrylic kerana saya tidak mahu benang nampak di atas batu acrylic tersebut. Tetapi ada juga orang yang menggunakan benang nylon untuk menjahit manik.
  • Awas semasa menggosok pakaian yang maniknay dijahit dengan benang nylon. Jika tidak berhati-hati atau suhu seterika terlalu panas, ini boleh menyebabkan benang nylon terbakar dan terputus. Sia-sialah usaha berjam-jam menjahit manik tersebut.

6. Corak Sulaman

  • Corak sulaman bergantung kepada kemahiran dan kesabaran seseorang penjahit manik.
  • Jika anda baru belajar menyulam manik, cubalah corak yang senang dulu seperti manik beriring. Bila sudah yakin dan kemas, bolehlah mencuba corak yang lebih memerlukan kemahiran.
  • Jika anda tidak tahu mereka corak, jangan bimbang, banyak buku yang memberi contoh seperti buku sulaman manik Rosita Jaafar. Atau pergi ke forum-forum internet. Banyak corak didedahkan secara percuma dan tip-tip menyulam diberikan oleh penyulam-penyulam berpengalan luas. Ada di antara penyulam sanggup berkongsi ilmu dengan mengambil gambar cara-cara menjahit sesuatu corak. Contoh penyulam-penyulam yang pemurah ini adalah Amoi dan Yatie Din (dari forum Cari)
  • Daripada feedback ramai penyulam, corak Rawak atau "Random" adalah paling leceh untuk dibuat, walaupun tanggapan ramai ia adalah corak yang senang disulam.

Disediakan oleh:

Zaihasra Zulkifli

Beading Treasure Resources

23 March 2007

Monday, August 16, 2010

Raya Promo at zaimanik.fotopages.com


Inilah bahananya bila terlampau busy..blog tak di update..selalu update Fotopages ajer...

Di sini saya nak listkan Raya Promotion untuk kedai manik online http://zaimanik.fotopages.com/

Haaa...banyak item under promo sampai raya ni, so bolehlah order lebih sket utk simpan stok utk raya haji...lagipun lepas raya pun byk open house kan...takkan nak pakai baju2 yg sama to all the open houses,,,so lepas raya ni pun boleh jahit manik lagi utk baju open house pula...hihikss...so stok awal2...sebab zaimanik cuti sepanjang raya yerk...

Plastic pearl 3mm promo price is RM1.50 /10g. Usual price RM2.00/10g
http://zaimanik.fotopages.com/?entry=1802254

Sequin Flower Bowl 4mm promo price is RM2.50/10g. Usual price RM3.00/10g
http://zaimanik.fotopages.com/?entry=1819239

Acrylic Rectangle 8x12mm promo price is RM3.00/20 pcs.Usual price RM4.00 / 20 pcs.
http://zaimanik.fotopages.com/?entry=1823479

Acrylic Eye 8x16mm price reduced to RM4.00 / 20pcs. Previous price was RM2.50 / 10 pcs (RM5/20pcs)
http://zaimanik.fotopages.com/?entry=1823460

Acrylic Round 8mm price reduced to RM3.00 / 20pcs. Previous price was RM3.40 /20pc
http://zaimanik.fotopages.com/?entry=1822985

Glass Pearl 6mm RM3.00 /10g. Usual price RM3.50 /10g.
http://zaimanik.fotopages.com/?entry=1781539

The good news is I might keep some of the promo prices as a permanent price after raya...:)


Wednesday, August 4, 2010

Saiz 2Cut (hexagon)


Saya nak buat post ni dalam Bahasa Melayu sebab saya malas nak karang ayat dalam Bahasa Inggeris, dan lepas tu suami saya kena edit pula (kalau grammar tak betul or ayat berbelit tu maksudnya suami saya belum edit). Tapi post ni bukan dalam BM sepenuhnya, kira rojak BM -English yerk.





Nak panggil hexagon atau 2Cut (two cut)? Dua2 sebutan boleh guna, refer shape yang sama juga. Hexagon tu sah2 sebab bentuknya 6 segi (cuba tengok di lubang tu, 6 segi kan). Jangan panggil silinder yerk, sebab bentuk silinder tu tak bersegi (macam silinderlah).

Nama 2Cut tu pulak saya tak tahu dari mana asalnya...punya baca banyak buku dan majalah beading, belum jumpa asal usul kenapa dipanggil 2Cut (jangan tak tau, 3Cut pun wujud). Hmm..kena membaca lagi banyak ni (nasib baik salah satu hobi saya membaca).

Saiz 2Cut ni sama jer dengan saiz Round (saya refer untuk Miyuki aje) tapi variasi saiz tu kurang.

15/0 : 1.5mm
12/0: 1.8mm
11/0: 2.0mm --> Ini saiz yang Miyuki import ke Malaysia
10/0: 2.2mm
9/0: 2.5mm
8/0: 3.0mm
6/0: 4.0mm
5/0: 5.0mm

Sekarang dah tau, kan senang....nak tengok warna-warna yang ada, silalah ke http://zaimanik.fotopages.com

Round Bead Sizes



Lots of people confused with when it comes to beads sizes such as 11/0, 15/0, 12/0, 8/0 and so on. Alternatively, they are written as 110 (but the 0 is at the top, just like when we write degree Celcius). These sizes are applicable for round beads (a.k.a. round rocailles).

How do you pronounce the sizes?
11/0 is pronounced as Eleven Ohhh..12/0 is pronounced as Twelve Ohhh..and so on

Why do they use these sizes and what does it means?
From my reading of the beading books and mags, there's no conclusive story or evidence who originally coined the terms. Some says that 11/0 means 11 beads can fit in 1 inch, 15/0 means 15 beads in 1 inch etc. However, this might no longer applicable these days since different manufacturers use different machines. For example, 11/0 size might vary a bit depending on the manufacturer.

Can we convert the size to metric system?
Luckily the answer is YES.
Below is the metric conversion for original Miyuki. The size in metric is the size for 1 bead.

15/0 : 1.5mm --> smallest beads, I only have silverline finish and black opaque round Miyuki
12/0: 1.8mm
11/0: 2.0mm ---> Most of the Miyuki round beads imported to Malaysia is in this size.
10/0: 2.2mm
9/0: 2.5mm
8/0: 3.0mm ---> I only have Miyuki silver and gold in this size
6/0: 4.0mm ---> I only have Miyuki silver and gold in this size
5/0: 5.0mm
2/0: 6.0mm
1/0: 6.5mm

Obviously you can see that the lower the size, the bigger the beads.


The size s that we normally used for cloth embroidering is 11/0 and 12/0, and some 15/0 for finer touch. 8/0 and 6/0 are used sparingly. For jewelry, 11/0,12/0 and 15/0 are favorite sizes too.